#PROLOG
Even if my heart stops,
Just like this,
I don’t think it will hurt,
Please do something,
Give me some treatment,
If I keep going like this,
All I will get is a broken heart
In this bruised chest
Soon, without me even realizing,
Tears stream down my face
I don’t wa...
Tiba-tiba suara Kim Feel semakin
menjauh. Hanya sayup-sayup suara itu kedengaran keluar dari speaker headphoneku yang tadinya elok
melekap di telinga tetapi kini sekadar tergantung di leher.
“Again,
lagu tu lagi.”
Aku memandang ke arah insan yang
bersuara itu. Sudah tentu. Siapa lagi yang berani menggangguku di waktu-waktu
begini.
“Nak apa?” aku sekadar bertanya.
Malas mahu membalas kata-katanya sebentar tadi yang aku tahu pasti akan
berakhir dengan debat berpanjangan yang mana kesudahannya aku yang perlu
mengalah dan menukar tajuk. Butang ‘stop’
MP3 aku tekan. Ini bukanlah kali pertama Amir menunjukkan rasa tidak puas
hatinya terhadap tabiat baru aku yang satu ini, yang bermula sejak beberapa
bulan yang lalu.
“Tak ada apa. Ternampak kau, dan
terasa nak tegur.”
Wajah Amir aku renung.
Bukan perkara luar biasa jika dia
datang menegur. Amir Fairuz merupakan antara sahabatku yang paling rapat.
Sejujurnya, dialah satu-satunya sahabatku yang paling rapat selain Nuril Nuha. Sahabat
yang tahu kisah aku, jatuh bangun aku, pasang surutnya aku, segala pahit manis
aku.
Memandang Amir hari ini, hatiku jadi
lemah lagi. Sebak, tapi cuba kutahan. Amir tak bersalah.
“Kenapa?” Amir bertanya. Mungkin
terkesan perubahan di raut wajah aku.
“Tak ada apa. Terharu tiba-tiba.
Macam dah lama kau tak ‘ter’tegur aku.” Aku melawak. Senyuman di bibir cuba
kumaniskan sebaik mungkin.
Amir tergelak kecil.
“Masing-masing busy. Final year la
katakan. Kau busy dengan final project kau, aku dengan projek
aku. Itu belum kita kira aktiviti persatuan yang tak terkejar tu lagi. Nasib
baik la banyak yang junior dah take over.”
Amir terdiam seketika.
“Kau okey?” aku mengalihkan
pandangan dari tasik di hadapan, dan wajahnya kupandang. Aku okey?
“Aku nampak macam tak okey ke?”
soalannya kubalas juga dengan soalan.
“Well,
lagu tu. Bila kau dah masuk mode
‘In-listening-to-Like-Being-Shot-on-replay’ means kau completely not okay.” Amir membalas pandanganku penuh makna.
“It
is not on replay, kebetulan pula tengah turn
lagu tu tadi. I wasn’t putting it on
replay. I’ve stop doing so. Jangan risau.” Sekali lagi, senyuman paling
manis cuba aku pamirkan. Aku okey. Aku dah okey.
“In...”
“Mir, kau free? Temankan aku makan? Tiba-tiba aku rasa macam nak makan ABC.”
Aku memotong sebelum sempat Amir berkata apa-apa, cuba mengalih arah perbualan
kami. Aku tahu apa yang cuba Amir katakan, aku tahu ke mana hala tuju perbualan
ini jika dibiarkan, tetapi aku tidak mampu memenuhi hajat hati sahabat
disebelahku ini untuk membicarakan sesuatu yang cuba aku lupakan.
Mujurlah Amir memahami kemahuan aku
itu. Dia mengeluh kecil sebelum bersetuju untuk menemaniku ke kafeteria.
*****
“Nuril.” Aku memanggil lembut. Buku
ditangan aku tutup. Sudah berulang kali aku mengulang baca baris yang sama.
Fokusku bukan pada buku tersebut.
“Petang tadi aku jumpa Amir.”
perlahan suaraku berkata.
Pantas Nuril mengangkat pandangannya
dari komputer riba di atas katil. Wajahku Nuril pandang lama. Mencari sebarang
kesan yang mungkin terpamir dari apa yang aku rasa di dalam hati barangkali.
“Kau okey?” soalan sama yang
ditanyakan Amir petang tadi kini diulang pula oleh Nuril.
“Tak.” aku menjawab sepatah. Sayu.
Air mata mula bergenang, tidak mampu lagi untuk kutahan.
“Aku tak okey.” aku menambah dan
tika itu juga air mata bercucuran menuruni pipiku. Esakan kecil kulepaskan,
mengharapkan ianya mampu meringankan berat di kepala juga di hati. Bantal di
ribaan kupeluk erat. Nuril yang melihat keaadanku itu terus bangun dari lantai
dan naik ke katilku. Bahuku dipeluk dan belakangku digosok perlahan,
mengharapkan itu juga mampu sekurang-kurangnya meringankan segala beban yang
aku tanggung.
What is this? Tengoh2 syok bace, tetibe habis *pout. Give me second chap cepat!
ReplyDeleteHaha...giv me ur 2nd chapter n amal's pov first..
Deletep/s: so, how is it setakat ni?