Wednesday, July 20, 2016

More Than Words

“Kita nak ke mana ni?” aku bertanya sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang kereta MYVI putih itu.

Lewat pagi tadi tiba-tiba sahaja sahabat baikku yang seorang ini menghubungiku dan mengajak aku menemaninya membeli beberapa barang keperluan. Walaupun beberapa kali menolak dengan alasan malas mahu keluar dan malas mahu berhadapan dengan panas terik tengahari ketika menunggu bas, aku akhirnya mengalah apabila dia terus memujuk. Kasihan pula pada dia yang tidak berteman.

“Faiz..kita nak ke mana ni?” aku bertanya sekali lagi apabila soalanku dibiarkan tidak berjawab. Aku pandang ke sisi, menyapa wajah sang sahabat yang tersengih memandangku.

“Kau kenapa?” aku bertanya.

“Kau nampak lain.” jawabnya ringkas.

Aku memandang diriku atas ke bawah. Apa yang lain? Tudung selempang, kemeja, jeans, sandle, sling bag. Tak ada yang lain pun. Ku pandang Faiz sekali lagi dengan soalan ‘apa yang lain?’ tertera di wajahku.

Faiz tergelak seraya menjawab, “You’re not wearing black t-shirt today.” katanya bersahaja sambil menukar gear dan kereta pun bergerak menuju destinasi.

“Kita nak ke mana ni? Ni dah kali ketiga aku tanya, kalau kau tak jawab jugak memang aku terjun je keluar dari kereta ni.” aku berkata sambil memandang ke arahnya.

Faiz hanya ketawa mendengar ugutanku. Pandangan kembali kuhalakan ke hadapan. Hampeh sungguh mamat ni, rungutku di dalam hati.

“Kan dah bagitau temankan aku beli barang.” dia akhirnya menjawab.

“Ye la temankan beli barang, tapi kat mana?”

“Tengoklah dulu. Giant pon okay kot. Dekat sikit, tak payah nak kena masuk bandar.”

Aku hanya mengangguk mengiakan. Tidak lama kemudian aku mula terfikirkan sesuatu.

“Kenapa balik?” aku segera bertanya. Terengganu-Kuala Lumpur tu bukannya dekat macam Kuantan-Kemaman. Dan sekarang pula bukanlah musim perayaan ataupun musim cuti panjang. Terasa ganjil pula memikirkan dia yang tiba-tiba berada di kampung.

Interview lagi ke?” aku menyambung soalan.

“Taklah. MC.” jawabnya pendek.

“MC? Kenapa?” aku bertanya, pelik. Nampak macam sihat walafiat je.

Accident. MC seminggu.”

Accident? Teruk ke? Sampai seminggu dapat MC?”

Takde la teruk pun. Tapi sakit-sakit, lebam-lebam tu ada la.” Katanya terus bercerita mengenai kejadian yang berlaku empat hari lalu sambil menunjukkan kesan lebam di lengan kirinya. Beberapa lebam di tempat lain turut diberitahu.

“Badan sakit-sakit lagi?” aku bertanya setelah dia selesai bercerita.

Dia menjawab dengan anggukan kecil.

“Dah tu kenapa la ‘gigih’ sangat drive datang ambik aku kat rumah ni?” kataku dengan nada tidak berpuas hati. ‘Gigih’ kugunakan sebagai ganti kepada perlakuannya yang ‘terlebih rajin’ itu.

“Biarlah. Kenapanya?” tanyanya seperti itu bukanlah perkara besar baginya.

You should’ve rest at home la.” kataku bimbang dengan keadaannya. Aku juga pernah beberapa kali kemalangan. Aku tahu bagaimana perasaannya sakit-sakit selepas kemalangan itu.

“Aku okay la. Lagipun aku kan memang nak keluar beli barang. So, kalaupun aku tak ajak kau, aku memang keluar jugak, kan?”

Then, you should’ve go directly dari rumah tadi. Rumah kau dengan bandar tu 15 minit je jaraknya. By picking me up here, you have doubled the time la, Iz.”

“Takpe la. Aku okey. Aku jemput kau sebab aku nak kau temankan. Lagipun aku memang dah ada kat area sini waktu aku call kau tu.”

Aku memandang ke arahnya. Masih tidak percaya dengan alasannya itu. Dia yang tersedar dengan pandanganku itu memandangku sekilas dan kemudian ketawa.

“Betul. Aku tak tipu. Aku memang ada dekat area sini tadi. Kalau tak, takkan la rajin sangat aku nak datang ambik kau kat rumah. 30 minutes to your house and another 30 minutes to the town. I’m not that kind.”

Penjelasan Faiz itu ku anggap logik.

“Betul kau okay?”

Angguk.

“Betul badan dah okay?”

Angguk. Angguk.

“Betul badan dah tak sakit-sakit?”

Angguk lagi.

“Sikit la.” dia menambah kemudian, sambil tersenyum.

Faiz terus kupandang. Budak ini la, memang aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.

Fine. Lagipun memang kita dah on the way pun. Gaduh buat apa?” kataku, lebih kepada diriku sendiri.

“Tau pun. Dah tu yang nak jugak gaduh tu kenapa?” sampuk Faiz tiba-tiba.

Faiz disebelah kujeling tajam. Budak ini la, kalau aku tak fikir panjang memang kena la dengan aku. Faiz pula sekadar ketawa melihat reaksi aku.

Perjalanan seterusnya diisi dengan perbualan mengenai kehidupan seharian kami sepanjang tempoh dua bulan kami tidak berjumpa.

***

Setelah hampir 2 jam menemani Faiz memilih barang-barang yang ingin dibelinya, kami mula beratur untuk membuat pembayaran.

“Makan dulu?” Faiz bertanya.

“Tak payah la. Kan tadi ma call. No one at home. Takut pulak adik aku balik nanti tak boleh masuk rumah. Diorang memang lambat lagi balik so aku balik dulu la. Nanti kau drop je aku kat stesen bas.”

“Kenapa nak kena drop kat stesen bas?”

Aku memandangnya pelik.

“Nak hantar balik ke?”

Dia mengangguk laju.

I picked you up, I’ll send you off.

“Jauh la. Rajin sangat pulak kalau nak hantar aku ke rumah. Stesen bas je, okay? I’ll Take the bus home.”

Faiz tidak segera menjawab dan sekadar memandangku tanpa riak.

Selesai membuat pembayaran, kami menuju ke ruang parkir dan tidak lama kemudian kereta yang dipandu Faiz keluar dari ruangan parkir pasar raya tersebut.

Setibanya di jalan besar, laluan yang dipilih Faiz mengejutkan aku.

“Iz, you should have take the left line.” aku menegur.

“Kenapa pulak kiri? Nak u-turn memang la kena ambik line kanan ni, kan?” tanyanya dengan muka tidak bersalah.

U-turn?” menyedari helah Faiz, aku hanya mampu menggelengkan kepala.

“Suka hati la, Iz. Kau yang drive, kau yang isi minyak. Aku naik free je. Jangan nak claim pulak ngan aku ek.” kataku bersahaja.

Faiz hanya tergelak dengan ‘lawak’ku itu.

Sepanjang perjalanan pulang, kami lebih banyak mendiamkan diri. Penat walaupun hanya dua jam kami mencari-cari di dalam pasar raya itu. Hanya radio yang menemani perjalanan kami. Aku pula sudah mula rasa mengantuk – habit yang memang sukar ditinggalkan bila sudah berada dalam kereta iaitu tidur.

“Mengantuk?” Faiz tiba-tiba bertanya.

“Huh? Erm..agak mengantuk la. Semalam tidur lewat. Hari ni kan hujung minggu. Mana tahu nak kena keluar pulak.” kataku beralasan yang sebahagiannya memang benar.

“Salah aku la ni?” tanya Faiz sambil menjeling ke arahku.

I didn’t say that. You are.” balasku, sengaja ingin mengusiknya.

Tiba-tiba radio mengumandangkan lagu ‘More Than Words’, lagu asal dari sebuah rock band yang tidak ku ketahui namanya dan dinyanyikan semula oleh Westlife – sebuah boyband dari barat yang menjadi kesukaanku.

“Westlife!!” jeritku tiba-tiba. Segala rasa mengantukku terbang entah ke mana.

Aku terdiam mendengar lagu tersebut sambil tersenyum dan menyanyi bersama-sama, tanpa mengeluarkan suaraku.

Ketika suara Shane berkumandang menyanyikan rangkap ketiga lagu tersebut, Faiz tiba-tiba bersuara.

“Aina, aku tujukan lagu ni kat kau.” katanya bersahaja.

“Huh? Motif?” tanyaku pula.

Saje.” jawabnya pendek.

Aku ketawa dengan gurauannya itu.

Part mana?” aku bertanya, cuba mengikut rentak gurauannya itu.

Part ‘what would you do if my heart was torn in two’ tu ke? Kalau yang tu jawapan dia aku tolong gelak la.” aku menambah sambil ketawa, dan Faiz pon ikut ketawa.

“Kalau first part?” dia bertanya setelah tawa kami reda.

“Rangkap first?” aku terdiam memikirkan apakah bait-bait yang terdapat dalam rangkap pertama. Bait-bait itu kunyanyikan perlahan, cuba mengingati.

Saying I love you
Is not the words
I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say but if you only knew
How easy
it would be to show me how you feel

“Tak sesuai la, Iz.”

“Sebabnya?” dia bertanya.

Because, that verse is luahan a boyfriend to his girlfriend yang keep saying ‘i love you’ but didn’t really show him that she really do. Tu ikut fahaman aku la. So, 1. I’m not your girl, 2. you’re not my boy, and 3. i’ve never say i love you. Kesimpulannya, tak sesuai.”

Okay. Second verse then.” katanya, tidak mahu mengalah.

Rangkap kedua pula cuba kuingati.

More than words
is all you have to do
to make it real
Then you wouldn't have to say
that you love me
Cause I'd already know

“Hurm..tak sesuai jugak.”

“Kenapa?”

Because i’ve never intend to say ‘i love you’ at all.” aku menjawab dengan bersahaja dan jawapanku itu mengundang ketawa Faiz.

This verse then.” kata Faiz tatkala suara Brian mengumandangkan rangkap yang sudah tidak kuketahui bilangannya kerana sibuk melayan bicara Faiz.

Now that I've tried to
talk to you and make you understand
All you have to do
is close your eyes
And just reach out your hands
and touch me
Hold me close don't ever let me go

Aku tergelak sebaik sahaja Brian selesai menyanyikan rangkap tersebut dan meneruskan nyayian dengan rangkap seterusnya.

That verse?” aku bertanya.

“Ikhlas dari hati.” katanya sambil mengangguk dan tersenyum.

Over la tu.” balasku terhadap lawaknya itu.

“Iz mood jiwang ek hari ni Iz? By the way, malangnya, still cannot jugak la Faiz Ikmal.” aku menambah.

And why is that?” soalnya selamba.

“Sebab...haram. Mana boleh pegang-pegang, peluk-peluk ni. Haram la.” aku menjawab, juga dengan nada selamba.

Dan kerana itu, ketawa Faiz pecah.

Read the meaning between the lines la cik kak. Adoii la kau ni Aina. Apa la aku nak buat dengan kau punya ‘hopeless’ side ni.” kata Faiz sambil menggelengkan kepala. Stereng kereta turut dipusing ke kanan, selari dengan gelengannya itu.

“Dah sampai...” kataku perlahan sambil memandang rumahku yang sudah mula kelihatan.

Kereta diberhentikan di hadapan pagar rumahkan dan aku pun segera keluar dan kemudian berjalan ke pintu Faiz. Melihatkan aku yang berdiri di sisi pintu, Faiz menurunkan cermin kereta.

Yes?”

I do understand what the verse means. It was a joke. Bye Faiz. Jumpa lagi lain kali.” aku berkata sambil melambaikan tangan dan berundur beberapa langkah ke belakang.

Okay. Thanks for today.” balas Faiz sambil tersenyum dan turut melambaikan tangannya seketika sebelum memulakan pemanduan dan menaikkan semula cermin tingkapnya.

Setelah MYVI putih tersebut tidak lagi kelihatan, aku membuka pintu pagar dan melangkah masuk ke laman rumahku. Di kepalaku, terfikir untuk menyambung tidur yang terganggu di dalam kereta sebentar tadi. Tiada lansung terlintas difikiranku bahawa apa yang berlaku hari ini merupakan satu titik permulaan bagi sebuah kisah.

No comments:

Post a Comment