#1
“Ain. Lately, saya banyak fikir pasal kita.” kata Ikmal Fairus suatu
petang pada pertemuannya dengan Nurain. Telah banyak kali pertemuan yang
dirancang tertangguh atas kesibukan masing-masing. Baru-baru ini, syarikat
tempatnya bekerja telah berjaya memenangi satu projek penting. Sebagai salah
seorang arkitek yang terlibat dalam projek tersebut, jadualnya menjadi sangat
sibuk. Nurain juga agak sibuk di kolej memandangkan semester baru telah bermula
dan ini merupakan semester kedua terakhir sebelum dia berjaya memegang segulung
ijazah.
“Pasal kita? Awak fikir apa?” Nurain
bertanya. Agak pelik dengan isu yang tiba-tiba ditimbulkan Ikmal Fairus.
Minuman di dalam gelas disedut perlahan.
“Ain.” Ikmal Fairus sekadar
memanggil namanya namun kembali terdiam.
“Awak, kenapa ni?”
Nurain sudah mula risau. Tingkah laku Ikmal Fairus agak pelik baginya.
“Ain,
saya sayang awak.” Ikmal Fairus memulakan. Nurain sudah mula cuak. Walaupun
ayat yang satu itu mampu mencairkan hati perempuannya yang keras itu, namun ada
sesuatu dalam intonasi Ikmal Fairus yang membimbangkannya. Dia sekadar menunggu
Ikmal Fairus meneruskan kata-katanya.
“Ain,
sungguh, saya sayangkan awak. Tapi dengan kesibukan kita sekarang ni, saya tak
rasa I can keep up with it. We are too busy for each other. Let us take a break. Kita beri masa pada
diri sendiri untuk fikir betul-betul pasal kita, fikir if we really can’t be without each other. Can we?” Ikmal Fairus berterus-terang sambil matanya tepat
memandang wajah Nurain, cuba membaca riak wajah gadis itu. Tiada perubahan
sejak dari mula dia memulakan bicara tadi. Gadis itu sekadar mendiamkan diri
sambil memandang tepat ke arahnya. Namun fikiran gadis itu terbang entah ke
mana.
“Ain.”
Ikmal Fairus memanggil. Lansung tiada reaksi balasan dari Nurain.
“Ain.”
Sekali lagi Ikmal Fairus memanggil lembut. Kali ini, Nurain akhirnya memberi
reaksi. Nurain melepaskan pandangannya dari wajah Ikmal Fairus dan sekadar
menalakan pandangan pada sirap laicinya. Jari-jemarinya bermain-main dengan
peyedut minuman di dalam gelas. Dia sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam
fikirannya ketika ini.
“Ain.”
Sekali lagi nama Nurain diseru Ikmal Fairus.
“Ai…”
“Okey.”
Tiba-tiba Nurain bersuara.
“Huh?”
dalam terkejut Ikmal Fairus bersuara. Tidak menyangka itu jawapan Nurain.
Sangkanya paling tidak, Nurain akan mencurahkan sirap laici di depan mata
padanya. Namun jawapan Nurain sama sekali diluar sangkaan.
“Ain
faham apa yang Mal cuba sampaikan. Mal rasa kita perlukan masa. So, okay. Let’s take a break. Let’s do
it as you want.” Selesai berkata-kata, Nurain menghadiahkan Ikmal Fairus
sebuah senyuman.
“Ain.”
“Mal,
no more explanation. Ain faham.”
Nurain menghabiskan minumannya sebelum menyambung.
“Jom
balik. Awak boleh tolong hantarkan saya ke stesen LRT?”
“Saya
hantar awak sampai hostel.”
“No. LRT
station will do. Time sekarang ni
jam. Susah awak nanti. Hantar saya
sampai stesen LRT je, okey?”
Ikmal
Fairus cuba membantah namun Nurain tetap berkeras untuk dihantar ke stesen LRT menggunakan
alasan kesesakan lalu lintas akan menyukarkan lagi perjalanan mereka. Akhirnya,
Ikmal Fairus mengalah.
*****
Sepanjang
malam itu, Nurain tidak dapat melelapkan mata. Berbagai perkara melintas di
fikirannya. Memori-memorinya bersama Ikmal Fairus bermain-main di kepala. Saat
awal perkenalan mereka, saat Ikmal Fairus mengusulkan hajat hati untuk
mengenalinya dengan lebih rapat dan memori-memori selepas itu, sehinggalah
kepada perbualannya dengan Ikmal Fairus petang tadi.
“Let us take a break.”
Kata-kata
itu terngiang-ngiang di telinganya. Telefon pintar di sebelah dicapai. Ikon
aplikasi Whatsapp disentuh dan nama Ikmal Fairus dicari.
‘Instead of taking a break, let’s just
break-up.’ Selesai menaip mesej tersebut, Nurain menekan butang hantar dan
telefonnya diletakkan di tepi bantal. Bantal peluk berbentuk dolphin bewarna hijau ditarik menutup
muka dan tanpa disedari, air mata mengalir melepasi birai mata, membasahi
bantalnya.
Oiii apehal mcm xdok kaitan ain dengan 'aku' in prev chap? Give me more!! N fairus,go to hell
ReplyDeleteU'll get more when i get more from Chokyulatte *goofy smile sepenuh hati*
DeleteMaybe sbb chapter 1 was a prolog..2nd chap is what happen before chap 1 :)
This comment has been removed by the author.
DeleteAku busy. Hahaha. Tunggu aku betul2 settle down dulu baru aku ade mase nok memikirkan fic
Delete