Saturday, July 23, 2016

After Love #Prolog

#PROLOG

Even if my heart stops,
Just like this,
I don’t think it will hurt,
Please do something,
Give me some treatment,
If I keep going like this,
All I will get is a broken heart
In this bruised chest

Soon, without me even realizing,
Tears stream down my face
I don’t wa...

Tiba-tiba suara Kim Feel semakin menjauh. Hanya sayup-sayup suara itu kedengaran keluar dari speaker headphoneku yang tadinya elok melekap di telinga tetapi kini sekadar tergantung di leher.

Again, lagu tu lagi.”

Aku memandang ke arah insan yang bersuara itu. Sudah tentu. Siapa lagi yang berani menggangguku di waktu-waktu begini.

“Nak apa?” aku sekadar bertanya. Malas mahu membalas kata-katanya sebentar tadi yang aku tahu pasti akan berakhir dengan debat berpanjangan yang mana kesudahannya aku yang perlu mengalah dan menukar tajuk. Butang ‘stop’ MP3 aku tekan. Ini bukanlah kali pertama Amir menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap tabiat baru aku yang satu ini, yang bermula sejak beberapa bulan yang lalu.

“Tak ada apa. Ternampak kau, dan terasa nak tegur.”

Wajah Amir aku renung.

Bukan perkara luar biasa jika dia datang menegur. Amir Fairuz merupakan antara sahabatku yang paling rapat. Sejujurnya, dialah satu-satunya sahabatku yang paling rapat selain Nuril Nuha. Sahabat yang tahu kisah aku, jatuh bangun aku, pasang surutnya aku, segala pahit manis aku.

Memandang Amir hari ini, hatiku jadi lemah lagi. Sebak, tapi cuba kutahan. Amir tak bersalah.

“Kenapa?” Amir bertanya. Mungkin terkesan perubahan di raut wajah aku.

“Tak ada apa. Terharu tiba-tiba. Macam dah lama kau tak ‘ter’tegur aku.” Aku melawak. Senyuman di bibir cuba kumaniskan sebaik mungkin.

Amir tergelak kecil.

“Masing-masing busy. Final year la katakan. Kau busy dengan final project kau, aku dengan projek aku. Itu belum kita kira aktiviti persatuan yang tak terkejar tu lagi. Nasib baik la banyak yang junior dah take over.”

Amir terdiam seketika.

“Kau okey?” aku mengalihkan pandangan dari tasik di hadapan, dan wajahnya kupandang. Aku okey?

“Aku nampak macam tak okey ke?” soalannya kubalas juga dengan soalan.

Well, lagu tu. Bila kau dah masuk mode ‘In-listening-to-Like-Being-Shot-on-replay’ means kau completely not okay.” Amir membalas pandanganku penuh makna.

It is not on replay, kebetulan pula tengah turn lagu tu tadi. I wasn’t putting it on replay. I’ve stop doing so. Jangan risau.” Sekali lagi, senyuman paling manis cuba aku pamirkan. Aku okey. Aku dah okey.

“In...”

“Mir, kau free? Temankan aku makan? Tiba-tiba aku rasa macam nak makan ABC.” Aku memotong sebelum sempat Amir berkata apa-apa, cuba mengalih arah perbualan kami. Aku tahu apa yang cuba Amir katakan, aku tahu ke mana hala tuju perbualan ini jika dibiarkan, tetapi aku tidak mampu memenuhi hajat hati sahabat disebelahku ini untuk membicarakan sesuatu yang cuba aku lupakan.

Mujurlah Amir memahami kemahuan aku itu. Dia mengeluh kecil sebelum bersetuju untuk menemaniku ke kafeteria.

*****

“Nuril.” Aku memanggil lembut. Buku ditangan aku tutup. Sudah berulang kali aku mengulang baca baris yang sama. Fokusku bukan pada buku tersebut.

“Petang tadi aku jumpa Amir.” perlahan suaraku berkata.

Pantas Nuril mengangkat pandangannya dari komputer riba di atas katil. Wajahku Nuril pandang lama. Mencari sebarang kesan yang mungkin terpamir dari apa yang aku rasa di dalam hati barangkali.

“Kau okey?” soalan sama yang ditanyakan Amir petang tadi kini diulang pula oleh Nuril.

“Tak.” aku menjawab sepatah. Sayu. Air mata mula bergenang, tidak mampu lagi untuk kutahan.

“Aku tak okey.” aku menambah dan tika itu juga air mata bercucuran menuruni pipiku. Esakan kecil kulepaskan, mengharapkan ianya mampu meringankan berat di kepala juga di hati. Bantal di ribaan kupeluk erat. Nuril yang melihat keaadanku itu terus bangun dari lantai dan naik ke katilku. Bahuku dipeluk dan belakangku digosok perlahan, mengharapkan itu juga mampu sekurang-kurangnya meringankan segala beban yang aku tanggung.

2 comments:

  1. What is this? Tengoh2 syok bace, tetibe habis *pout. Give me second chap cepat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...giv me ur 2nd chapter n amal's pov first..

      p/s: so, how is it setakat ni?

      Delete