Monday, September 26, 2016

After Love #1

#1

“Ain. Lately, saya banyak fikir pasal kita.” kata Ikmal Fairus suatu petang pada pertemuannya dengan Nurain. Telah banyak kali pertemuan yang dirancang tertangguh atas kesibukan masing-masing. Baru-baru ini, syarikat tempatnya bekerja telah berjaya memenangi satu projek penting. Sebagai salah seorang arkitek yang terlibat dalam projek tersebut, jadualnya menjadi sangat sibuk. Nurain juga agak sibuk di kolej memandangkan semester baru telah bermula dan ini merupakan semester kedua terakhir sebelum dia berjaya memegang segulung ijazah.

“Pasal kita? Awak fikir apa?” Nurain bertanya. Agak pelik dengan isu yang tiba-tiba ditimbulkan Ikmal Fairus. Minuman di dalam gelas disedut perlahan.

“Ain.” Ikmal Fairus sekadar memanggil namanya namun kembali terdiam.

“Awak, kenapa ni?” Nurain sudah mula risau. Tingkah laku Ikmal Fairus agak pelik baginya.

“Ain, saya sayang awak.” Ikmal Fairus memulakan. Nurain sudah mula cuak. Walaupun ayat yang satu itu mampu mencairkan hati perempuannya yang keras itu, namun ada sesuatu dalam intonasi Ikmal Fairus yang membimbangkannya. Dia sekadar menunggu Ikmal Fairus meneruskan kata-katanya.

“Ain, sungguh, saya sayangkan awak. Tapi dengan kesibukan kita sekarang ni, saya tak rasa I can keep up with it. We are too busy for each other. Let us take a break. Kita beri masa pada diri sendiri untuk fikir betul-betul pasal kita, fikir if we really can’t be without each other. Can we?” Ikmal Fairus berterus-terang sambil matanya tepat memandang wajah Nurain, cuba membaca riak wajah gadis itu. Tiada perubahan sejak dari mula dia memulakan bicara tadi. Gadis itu sekadar mendiamkan diri sambil memandang tepat ke arahnya. Namun fikiran gadis itu terbang entah ke mana.

“Ain.” Ikmal Fairus memanggil. Lansung tiada reaksi balasan dari Nurain.

“Ain.” Sekali lagi Ikmal Fairus memanggil lembut. Kali ini, Nurain akhirnya memberi reaksi. Nurain melepaskan pandangannya dari wajah Ikmal Fairus dan sekadar menalakan pandangan pada sirap laicinya. Jari-jemarinya bermain-main dengan peyedut minuman di dalam gelas. Dia sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam fikirannya ketika ini.

“Ain.” Sekali lagi nama Nurain diseru Ikmal Fairus.

“Ai…”

“Okey.” Tiba-tiba Nurain bersuara.

“Huh?” dalam terkejut Ikmal Fairus bersuara. Tidak menyangka itu jawapan Nurain. Sangkanya paling tidak, Nurain akan mencurahkan sirap laici di depan mata padanya. Namun jawapan Nurain sama sekali diluar sangkaan.

“Ain faham apa yang Mal cuba sampaikan. Mal rasa kita perlukan masa. So, okay. Let’s take a break. Let’s do it as you want.” Selesai berkata-kata, Nurain menghadiahkan Ikmal Fairus sebuah senyuman.

“Ain.”

“Mal, no more explanation. Ain faham.” Nurain menghabiskan minumannya sebelum menyambung.

“Jom balik. Awak boleh tolong hantarkan saya ke stesen LRT?”

“Saya hantar awak sampai hostel.”

No. LRT station will do. Time sekarang ni jam. Susah awak nanti. Hantar saya sampai stesen LRT je, okey?”

Ikmal Fairus cuba membantah namun Nurain tetap berkeras untuk dihantar ke stesen LRT menggunakan alasan kesesakan lalu lintas akan menyukarkan lagi perjalanan mereka. Akhirnya, Ikmal Fairus mengalah.

*****

Sepanjang malam itu, Nurain tidak dapat melelapkan mata. Berbagai perkara melintas di fikirannya. Memori-memorinya bersama Ikmal Fairus bermain-main di kepala. Saat awal perkenalan mereka, saat Ikmal Fairus mengusulkan hajat hati untuk mengenalinya dengan lebih rapat dan memori-memori selepas itu, sehinggalah kepada perbualannya dengan Ikmal Fairus petang tadi.

Let us take a break.”

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Telefon pintar di sebelah dicapai. Ikon aplikasi Whatsapp disentuh dan nama Ikmal Fairus dicari.


Instead of taking a break, let’s just break-up.’ Selesai menaip mesej tersebut, Nurain menekan butang hantar dan telefonnya diletakkan di tepi bantal. Bantal peluk berbentuk dolphin bewarna hijau ditarik menutup muka dan tanpa disedari, air mata mengalir melepasi birai mata, membasahi bantalnya.